Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 22 September 2012

PENAPIS AIR BIO AURA

Selaras dengan kemajuan teknologi Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System yang menggabungkan teknologi Nano dapat membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air minuman secara optimum.





*KELEBIHAN BIOAURA*

  • Menghasilkan komponen bersifat nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan kesihatan badan yang menyeluruh.
  • Kandungan bio-tenaga yang berganda dan meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh.
  • Molekul-molekul bersaiz nano menambahkan keberkesanan penyerapan nutrien.
  • Memperkayakan kandungan mineral air untuk keperluan kesihatan tubuh.
  • Menghapuskan toksin, bakteria, klorin dan unsur logam demi menjamin keselamatan air yang diminum.
  • Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
  • Nilai pH air yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Bio Aura membantu menyelaraskan pH tubuh berasid.
  • Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan


  • Rekaan 6 penapis masing-masing menjalankan fungsinya yang tersendiri untuk membekalkan sumber air yang berkualiti.




    PENAPIS A: Membersih
    Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menapis dan menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bakteria.

    PENAPIS B: Menghilangkan bau
    Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.

    PENAPIS C: Stabil & Memperkayakan mineral 

    Activated carbon block yang memenuhi piawaian NSF dan penukar ion berlogam KDF dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bakteria dan alga. Unsur resin pula akan melembutkan molekul air dan memberi kesan dengan menghasilkan bahan-bahan mineral.

    PENAPIS D: Selamat

    Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsur logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.

    PENAPIS E: Bertenaga

    Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada molekul air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan mudah oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen di dalam badan.

    PENAPIS F: Beralkali

    Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air supaya lebih cenderung kepada beralkali, yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan sistem imunisasi dan fungsi detoksifikasi badan.

     

    *SOAL-JAWAB*

    Apakah teknologi Bio-Aura Hi-Tech Water System?
    Bio Aura Hi-Tech Water System menggabungkan revolusi teknologi nano dan 6  penapisan berperingkat  untuk membersih, mengalkali and memberi  tenaga kepada air minuman secara optimum.

    Apakah nilai pH air selepas ditapis oleh Bio Aura Hi-Tech Water System ?Air yang sudah ditapis oleh Bio Aura Hi-Tech Water System akan mempunyai nilai pH air yang cenderung kepada beralkali.

    Adakan Bio Aura Hi-Tech Water System menggunakan elektrik?Tidak. Bio Aura Hi-Tech Water System tidak perlu menggunakan elektrik. Justeru, ia amat menjimatkan tenaga dan kos.

    Berapa lamakah warranti bagi Bio Aura Hi-Tech Water System? 1 tahun warranti dari tarikh pembelian.




    *PENUKARAN ALAT GANTI  TURUT DISEDIAKAN*





















    * SHOWER WATER FILTER*
    (Sistem Penyaring Mandian Bio Aura)






    Ciri-ciri utama :
    • Cara pemasangan yang mudah, dilengkapkan dengan aksesori
    • Bersaiz kecil, senang dibawa
    • Penukaran kartrij yang mudah
    • Boleh dipasang secara terbalik untuk membolehkan "backwash", tetapi masih mengekalkan fungsi penapisan yang seimbang
    • Sesuai untuk semua pemancur dan pemanas air
    Fungsi-fungsi :
    • Menyingkirkan unsur klorin, logam berat dan bahan-bahan endapan dari air paip
    • Membekalkan air yang selamat dan bersih untuk mandian
    • Membekalkan air yang bernilai pH seimbang
    • Mengekalkan kelembutan rambut dan kesihatan kulit



    Kartrij Penyaring Mandian Bio Aura

    Media penapis :
    1. Remove Chlorine Ball - Menyingkir unsur klorin, karat, logam berat dan bahan-bahan pencemar dalam air mandian. Menghilangkan bau busuk dengan berkesan.
    2. KDF (Kinetic Degradation Fluxion) - Mengurangkan unsur pencemar dalam air melalui tindak balas oksidasi. Menyingkirkan mikroorganisma, logam berat yang bersifat larut air, bakteria, alga dan kulat.
    3. Super Ceramic Ball - Menghilangkan bau busuk dan memperbaiki rasa air.


















    0 comments: